Para syaithan Pengaruhi Wanita/Perempuan

PDF
Print
E-mail

Syaitan memiliki berbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah




 



9 jenis syaitansebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidupharian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya''Allah . Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:1. ZalituunDuduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.2. WathiinPergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.3. A''awanMenghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.4. HaffafBerkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berad! a di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).5. MurrahMerosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.6. MasuudDuduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. WalahaanMenimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.9. LakhuusMerupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. Dan yang terakhir ni yang paling teruk! Tidak terdapat dlm mana2 hadiths... Cuma setakat peringatan sahaja.(SCROLL DI BAWAH) 10. Isetan.Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat disekitar Lembah klang, singapore, Beijing &.....Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualanKeburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.Pesanan ; shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan11. HindusetanNie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktusembahyang,maseh menyongg! ol depantv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan!!!



 



Alasan Saya Memilih Islam
6 10 2008
Oleh: Urip Santoso
            Apabila anda mencari buku tentang ilmu nutrisi unggas, apa yang akan anda lakukan. Tentu saja anda akan ke toko buku atau ke perpustakaan. Anda akan mencari buku yang anda nilai bagus. Kemudian anda menemukan buku yang anda idamkan. Buku itu ditulis oleh  ilmuwan kelas dunia dan sangat lengkap. Disitu anda dapat menemukan jawaban sebagian pertanyaan yang ada dibenak anda tentang ilmu nutrisi unggas. Namun masih banyak pertanyaan yang belum bisa dijawab oleh buku itu.
            Lalu anda membaca bahwa buku itu ditulis tahun 1970, yang merupakan buku edisi pertama. Apakah anda puas? Saya yakin tidak! Anda kemudian mencari informasi lebih lanjut tentang buku itu, sebab buku itu anda nilai sangat bagus dan anda yakin bahwa pasti ada edisi terbarunya. Anda kemudian mendapat informasi bahwa buku itu telah direvisi sebanyak lima kali, dan edisi terakhir ditulis pada tahun 2007. Seandainya ke lima edisi buku itu anda temukan, manakah yang anda pilih? Saya hampir pasti bahwa anda akan memilih edisi terakhir itu.
            Mengapa? Ada beberapa alasan yang dapat saya kemukakan. Pertama, edisi terakhir biasanya memuat informasi terdahulu ditambah dengan informasi yang baru. Informasi baru ini baru dapat ditulis karena memang terjadi lonjakan perkembangan ilmu yang tajam dalam beberapa tahun terakhir. Informasi ini belum dimuat dalam edisi-edisi sebelumnya. Jadi, dalam edisi terakhir anda akan mendapatkan informasi yang lebih lengkap. Kedua, kita menyadari bahwa ilmu itu berkembang terus. Sering kali terungkaplah fakta-fakta baru, sehingga teori atau penjelasan dalam edisi sebelumnya kurang akurat. Oleh sebab itu, buku edisi terbaru akan mengoreksi apa yang ditulis dalam edisi sebelumnya. Hasil koreksian itu tentu saja disusun berdasarkan fakta-fakta mutakhir tentang ilmu ternak unggas (misalnya). Ketiga, informasi-informasi baru yang ditulis dalam edisi terbaru mungkin saja memperkuat informasi yang telah ditulis dalam edisi sebelumnya, tetapi dengan penjelasan yang lebih akurat dan lebih bisa dipercaya. Penguatan ini pun dilengkapi dengan bukti-bukti yang nyata. Keempat, jadi seringkali apa yang ditulis dalam edisi sebelumnya sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan ipteks yang mutakhir. Bisa jadi, jika anda masih menggunakan buku edisi yang lama anda akan salah dalam penerapan ilmu nutrisi unggas itu. Sebab, informasi yang ada tidak akan mampu menjawab problema di masa kini. Sebagai contoh, jika anda membaca buku ilmu produksi unggas edisi lama, akan anda dapati bahwa umur potong broiler adalah umur 56 hari atau bahkan lebih dengan berat dua kilogram. Informasi ini jika anda baca dalam buku edisi mutakhir sudah tidak relevan karena ternyata umur potong ayam broiler sudah lebih pendek, misalnya umur 42 hari dengan berat lebih dari dua kilogram. Nah, jika anda membaca buku edisi lama tentu saja anda akan mendapatkan informasi yang sudah tidak relevan. Akibatnya, jika anda terapkan dalam bisnis ayam anda, anda akan mengalami kerugian yang besar.
            Nah, analogi tersebut di atas dapat kita jadikan sebagai salah satu cara (saja) untuk memilih agama yang paling relevan dengan kehidupan masa kini. Allah sebagai pencipta alam semesta beserta isinya juga telah menurunkan petunjuk-Nya kepada manusia, yaitu berupa wahyu yang disampaikan oleh para Rasul. Para Rasul ini dalam menjalani tugasnya diberi pedoman. Allah telah menurunkan wahyu kepada Rasul untuk setiap umat dan untuk masa tertentu. Nah, kita mengetahui bahwa banyak buku atau kitab yang diyakini oleh masing-masing pemeluknya merupakan wahyu dari Tuhan Semesta Alam. Dalam Al Qur’an diinformasikan bahwa Allah telah menurunkan wahyu yang berupa kitab yaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al Qur’an, disamping ada beberapa mushaf yang diturunkan kepada para Rasul-Nya yang jumlahnya cukup banyak, hanya yang tercantum dalam Al Qur’an ada 25 Rasul. Kita mengetahui melalui sejarah bahwa Al Qur’an itu diturunkan sebagai kitab terakhir. Jika kitab-kitab sebelumnya hanya  berlaku untuk umat tertentu dan untuk masa tertentu pula, maka Al Qur’an itu diperuntukan untuk seluruh umat manusia dan untuk masa yang panjang sampai hari kiamat. Oleh karena Al Qur’an itu merupakan pedoman hidup untuk sepanjang zaman, maka perlu dijaga keasliannya. Hal ini sudah ditegaskan oleh Allah bahwa Allah sendirilah yang akan menjaganya. Kita mengetahui bahwa kitab-kitab sebelum Al Qur’an telah mengalami perubahan disana-sini, sehingga menjadi kurang jelas bagian mana yang merupakan wahyu Allah dan yang mana yang merupakan gubahan manusia. Oleh sebab itu, Al Qur’an sebagai kitab yang terjaga dan terakhir itu merupakan kitab yang mengoreksi informasi-informasi yang ada dalam kitab-kitab sebelum AL Qur’an. Selain itu, Al Qur’an juga merupakan kitab penguat, yang membenarkan sebagian informasi yang tercantum dalam kitab-kitab sebelumnya. Jadi, sebenarnya Al Qur’an mengandung intisari ajaran Allah yang terkandung dalam kitab-kitab sebelumnya plus berbagai petunjuk  yang belum pernah diturunkan. Petunjuk-petunjuk ini diturunkan sebagai pedoman manusia di era masa kini hingga hari kiamat. Jadi Al Qur’an merupakan kitab Allah yang paling sempurna, paling lengkap, paling terjaga keasliannya, paling cocok untuk masa kini, dan ….
            Nah, jika Al Qur’an itu diibaratkan sebuah buku, maka Al Qur’an itu merupakan kitab (wahyu) yang terakhir diturunkan oleh Allah, kitab edisi terbaru. Edisi terbaru tentu saja akan memuat intisari ajaran terdahulu, mengoreksi informasi-informasi yang telah berubah dalam kitab terdahulu, memberikan tuntunan dan informasi  sesuai dengan kondisi masa kini sampai hari kiamat, penguat ajaran terdahulu yang tidak diubah oleh tangan-tangan jahil dan hal-hal lain yang belum diturunkan pada masa-masa sebelumnya. Jadi, tidak berlebihan jika saya katakan bahwa Al Qur’an merupakan kitab yang paling sempurna jika dibandingkan dengan kitab-kitab terdahulu. Kitab yang paling tepat untuk kita jadikan pedoman hidup, baik untuk hidup di dunia maupun di akherat nanti. Itulah salah satu alasan – disamping alasan-alasan lainnya – saya memilih Islam sebagai agamaku.
  

klik twitter

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »